Bicara X-FACTOR!

Bismillah..

Jari ibarat meluncur di atas papan kekunci.. melakar seribu perkataan dan menyusun ratusan ayat bagi menggambarkan apa yang aku ini bicarakan.. aku sentiasa memikirkan potensi apa yang aku ada yang boleh aku laburkan dalam jalan dakwah ini. Bila aku berbicara mengenai POTENSI.. aku tidak berfikir bahawa potensi ini membawa maksud dari sudut akhlak islamiyah mahupun asasi kerana ciri-ciri akhlak tersebut dan potensi tersebut memang perlu ada dalam jiwa-jiwa para du’a sebagai bekalan dan ‘minyak’ untuk menongkah badai dan mehnah di sepanjang jalan dakwah ini.

Apabila aku menelaaah halaman kitab-kitab sirah, ternyata golongan terpilih yang sememangnya sudah dipilih oleh Allah swt sentiasa berada di sisi Nabi Muhammad saw. Mereka bertindak secara konsisten dan penuh rasa keimanan yang tinggi dalam mendokong dakwah Nabi saw sehingga dapat dirasai oleh kita pada zaman kini. Mereka hanyalah manusia biasa yang memiliki fitrah yang luarbiasa dan menjadi pendokong kuat untuk menegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini lantas menjadi generasi Quran yang unik seperti apa yang ditulis oleh AsSyahid Sayyid Qutb dalam karangannya ‘Petunjuk Sepanjang Jalan’. AbuBakar,Umar,Uthman,Abu Ubaidah,Ali,Usamah Zaid,Bilal,Uthman Affan, Abdul Rahman Auf dan sebagainya antara manusia yang memiliki potensi yang aku ingin maksudkan. Mereka memiliki potensi yang aku ingin gelarkan ‘XFACTOR’!

Kekuatan potensi XFACTOR ini menjadikan mereka sangat berbeza antara satu sama lain. Ya.Kita tahu mereka bersama-sama dalam perjuangan Nabi Muhammad saw. Namun, isu penting yang aku ingin ketengahkan di sini adalah isu potensi yang berbeza yang telah disinergikan oleh Nabi saw. Ternyata AbuBakar dan Umar, sekiranya kita membuat perbandingan, mereka sangat berbeza! Kekuatan potensi XFACTOR mereka berbeza antara satu sama lain. Mereka hebat dalam medium dakwah mereka melalui cara yang berlainan dan pelbagai! XFACTOR mereka terserlah! Mereka mengembangkan Islam bersama-sama Nabi saw dengan potensi dan kepakaran yang ada dalam diri masing-masing. Itulah yang mengukuhkan golongan ini sekaligus menjadi generasi pertama yang agung yang membawa risalah Nabi dan syariat Allah di muka bumi. Ternyata Allah menjadikan kita yang berlainan sifat dan memiliki keperibadian yang berbeza antara satu sama lain memang ada hikmahnya apabila kita menilai potensi kita dari sudut dakwah dan tarbiyah. Ibaratnya, AbuBakar memiliki warna hijau, Umar memiliki warna merah, Uthman memiliki warna biru, Ali memiliki warna kuning, dan akhirnya mereka bergabung di bawah naungan kalimah tauhid dan membentuk satu susunan warna yang mampu memberikan impak yang besar dalam dakwah Islam ketika itu dan kesannya dirasai sehingga ke hari ini.

Justeru itu, kita perlu menilai diri kita. Adakah kita memiliki XFACTOR seperti yang aku sebutkan sebentar tadi. Aku lebih suka untuk menceritakan apakah contoh-contoh terhampir dengan zaman kita. Ramai orang berhujah dengan menafikan bahawa pada zaman Nabi saw, golongan sahabat ditarbiyah terus oleh Nabi Muhammad saw, jadi mereka boleh lah menggilap potensi mereka habis-habisan! Tidak! Bagiku, keadaan tidak akan mempengaruhi dakwah kita selagimana kita berpegang pada AlQuran dan assunnah yang sememangnya ‘silibus’ yang sama digunakan oleh sekalian Nabi khususnya Nabi Muhammad saw,para sahabat dan tabiin. Pada zaman kini, kita boleh mengambil iktibar yang penting dan pengajaran yang istimewa daripada keanggotaan Ikhwanul Muslimin dan mana-mana rijal yang menjadi nadi utama dalam harakah dakwah kini. Tokoh-tokoh hebat seperti AsSyahid Hassan AlBanna, Sheikh Dr. Yusof AlQardhawi, Sayyid Qutb,, Dr.Aidh AlQarni, Sheikh Abu ala almaududi, Mustafa Masyhur, Dr.Zakir Naik dan sesiapa sahaja, mereka ini juga memiliki ciri-ciri XFACTOR yang menjadikan mereka ini seorang daie yang luar biasa dan bukan sekadar biasa-biasa sahaja.

Kekuatan potensi XFACTOR yang mereka gilap melalui tarbiyah yang panjang dan berkesan ternyata membuahkan hasil dan memberikan manfaat yang besar dalam harakah dakwah Islam di merata-rata tempat. Medium-medium yang mereka kuasai dari sudut penulisan, pidato, ilmu-ilmu agama, kesenian, ekonomi dan sebagainya menjadikan potensi XFACTOR yang mereka miliki itu mengisi ruang-ruang kosong yang ada dalam gerakan Islam dan masyarakat Islam secara amnya. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk menggalas tanggungjawab ini secara serius dan konsisten dalam mengislah diri kita dari sudut kemampuan kita dan akhirnya memberikan kesan yang positif yang besar dalam dakwah Islam masa kini. Tidak semestinya apabila individu muslim yang pendiam tidak mampu untuk menandingi seorang individu muslim yang hebat dalam komunikasi dan penceramah yang hebat! Kita perlu tetapkan atau setkan dalam diri kita, bahawa keadaan ini sebenarnya dan sememangnya tidak menghalang diri kita untuk terus bersama-sama berjuang dalam menegakkan syariat Allah.

Oleh itu, kita perlu menilai potensi yang kita ada pada setiap masa. Contoh yang aku berikan tadi, perbandingan antara seorang individu yang hebat dalam bercakap dan berceramah dengan seorang individu yang pendiam. Sekiranya kita menilai mereka dari sudut yang sama, kita dapat lihat bahawa ada satu yang lemah dan ada satu yang hebat yang berpotensi besar dalam dakwah. Namun, kita sebenarnya perlu peka dalam menilai mereka ini dalam pelbagai sudut yang berbeza yang akhirnya memberi manfaat dalam gerakan dakwah! Mungkin Allah menjadikan sifat individu yang kedua tadi sebagai seorang yang pendiam, namun rupa-rupanya dia memiliki kekuatan potensi XFACTOR dari sudut penulisan yang berkesan! MasyaAllah! Jangan lupa bahawa Allah menciptakan kita berbeza-beza ada sebabnya dan menjadi pelengkap kepada orang lain. Adakah kita tidak berfikir? Kekuatan potensi yang ada ini kita perlu garap, sentiasa diperbaiki dan dipantau dari semasa ke semasa. Tidak boleh dibiarkan dan akhirnya  merugikan kita sekiranya kita membiarkan sahaja potensi yang kita miliki dibiar tenggelam dan luput sehingga tak mampu digunakan lagi. Hal ini memberi kerugian yang besar kepada masyarakat islam khususnya harakah dakwah Islam dalam membariskan keanggotaan pendakwah yang hebat-hebat yang berpotensi  yang mampu memberikan impak besar dalam dakwah islam.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menilai diri kita secara terus-menerus, adakah dalam diri kita memiliki potensi XFACTOR yang mampu memberikan keuntungan dan impak yang luarbiasa dalam dakwah islam? Namun kesedaran untuk menggunakan potensi XFACTOR ini dalam jalan dakwah pastinya memerlukan kefahaman dan kesedaran yang tinggi tentang selok belok dakwah yang suci ini. Sekiranya potensi yang ada digunakan secara terus menerus tanpa ada pentarbiyahan yang tersusun dan berkesan, ternyata bukan impak positif yang diperoleh malah impak yang lebih buruk akan berlaku dan akhirnya mencacatkan gerakan islam itu sendiri. Akhir kalam, marilah kita bersama-sama memuhasabah diri kita, sejauh mana kita mampu memberi sumbangan pada agama yang syumul ini dan akhirnya memberi keuntungan yang besar kepada ummah? Janganlah kita leka dengan ideologi liberalism yang hanya mementingkan kepentingan peribadi dan tidak mempedulikan orang lain. Itu bukan Islam yang kita imani!! Kita perlu gerudi potensi sehabis habisnya sehingga mampu mendorong kita untuk memberi sumbangan dalam masyarakat Islam. InshaAllah…

Sekian…

(maaf, gambar ada satu..hehe..)

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Fitrah manusia. Bookmark the permalink.

2 Responses to Bicara X-FACTOR!

  1. nurnazihah says:

    Sheikh Abu ala almaududi: buku de psl syahadatul haq ad bc?

  2. farrishanafi says:

    tak…maaf..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s