Rasukan keadilan!

Dunia kini..bagai dirasuk! Jangan terkejut..apa yang berlaku di Tanah Arab itu (TUNISIA,MESIR,YAMAN,JORDAN,BAHRAIN,LIBYA dan sebagainya) ..memang benar-benar rasukan! Mereka ‘meggila’ inginkan keadilan! Menjatuhkan yang batil dan inginkan perubahan…

Rasukan yang inginkan keadilan dan kesejahteraan… jelas sudah!! Tamadun ‘sana’ sudah lagi tidak sesuai buat mereka malah mungkin juga kita.. Tamadun yang sempit dan tidak langsung memenuhi fitrah manusia.. tamadun yang tidak menurut CIPTAAN NYA.. rekaan manusia..dan hanya bawa celaka..

Kesanggupan mereka ternyata jelas ditunjukkan.. berdiri lama..memegang bendera.. entah mana makan..entah mana minumnya.. mereka sanggup! Semata-mata TIDAK SUKA dan TIDAK BERPUAS HATI pada apa yang ada ‘di atas’ mereka.. lantang mereka bersuara.. sepi di pinggiran kota.. jalan penuh dengan manusia bukan kereta…di persimpangan mereka berjaga.. polis juga mereka tentang! Balai dan pondok polis habis rentung dijilat api.. Berani sungguh mereka.. pabila terkena RASUKAN KEADILAN ini..

Rasukan ini pastinya..tidak membawa manfaat yang besar.. ya! Mereka mungkin dapat apa yang mereka hendakkan..yakni jatuhkan yang batil! Dan ingin memenuhi keperluan hidup dan negara mereka.. NAMUN! Adakah mereka menyedari.. tiada apa yang boleh berubah selepas itu.. hanya pemimpin? Perlembagaan? Status ekonomi dan masyarakat? APA LAGI?! Di mana KEDUDUKAN ISLAM selepas itu? Adakah mereka dapat jamin dengan rasukan mereka ini? Mungkin YA dan mungkin juga TIDAK..

Hal ini kerana..mereka sekadar ingin menjatuhkan apa yang mereka tidak suka..hakikatnya bila tak suka..kita buang..itu manusia.. dan jelas sudah ISLAM tu sangat diperlukan manusia.. bila manusia ‘lari’ dari ISLAM itu..maka masyarakat dan negara porak peranda! Persoalannya di sini.. adakah realiti rasukan keadilan ini..mampu mengubah BATIL terus kepada KEBANGKITAN ISLAM itu??

Terungkai satu-satu…

Kita kembali kepada dakwah Nabi Muhammad SAW.. apa yang baginda lakukan saat masyarakat di sekelilingnya rosak akhlak dan ternyata jauh dari hidayah Allah.. baginda yang diturunkan sebagai rahmat seluruh alam di tanah arab ketika itu..baginda tidak ‘menggila’ terus menyatakan bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH! Kepada masyarakat arab ketika itu.. Baginda tenang dalam membentuk dan mentarbiyah peribadi keluarga dan orang-orang yang dekat dengannya (para sahabat).. itu lah hakikat kebangkitan islam.. Perlahan namun teguh memahami ISLAM itu.. bila asas sudah kukuh..pastinya hal-hal yang lebih besar mampu ditangani dengan pertolongan dari NYA…

Merujuk pada realiti yang berlaku di Tanah Arab kini..masing-masing inginkan HAK itu kembali di atas dan BATIL jatuh tersungkur.. Namun.. mereka mungkin juga terlupa jalan yang sebenarnya untuk kebangkitan itu.. lalu ‘melompat’ ke satu tahap yang lain.. membuat demonstrasi dan merusuh..menjerit dan mengerah seluruh tenaga ingin menjatuhkan yang BATIL itu..berkumpul beramai-ramai mencecah jutaan dan menggunakan kekerasan menggertak kedudukan para pemimpin jahil dan goyangnya perlembagaan mereka.. Mereka benar dalam hal ini (jatuhkan kebatilan) namun ter’skip’ langkah penting yakni pembentukan individu dan masyarakat dalam memahami agama fitrah ini.. sekiranya langkah ini mereka ikuti..pastinya! Perlahan-perlahan BATIL akan jatuh tersungkur lebih teruk dari kesan ‘rasukan’ mereka ini.. Itu HAKIKAT yang mesti kita sedari…

Namun, tindakan mereka ini tidaklah SALAH secara keseluruhannya. Perlu difahami bahawa realiti keadaan masyarakat dan Negara mereka sememangnya pemerintahan ‘kuku besi’ dan ia adalah satu bentuk kemungkaran yang perlu dicegah bersama! Tidak boleh dibiarkan.. berdasarkan hadith Nabi saw..

Daripada Abu Sa’id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan
tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya
dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah
selemah-lemah iman.

(Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.)

Isu penting yang perlu diperhatikan di sini adalah..

Siapakah golongan yang memulakan ‘rasukan keadilan’ ini?? Yang mencetuskan revolusi yang tak disangka-sangka dunia?

Merekalah GOLONGAN PEMUDA yang langsung tidak boleh dipandang rendah! Ketamadunan kini yang lapuk dan tidak member manfaat kepada manusia ternyata menyedarkan golongan ini BANGKIT menyeru pada kebangkitan dan akhirnya kebatilan tumbang dan yang HAK muncul tegak di muka bumi!

Wahai pemuda! Generasi yang akan memimpin kelak! Manusia yang luar biasa..sukar untuk dijangka tindakannya.. hiasilah diri dengan kemuliaan ISLAM..pasti bersinar yang HAK itu di sekeliling kamu dan BATIL itu pastinya jatuh dan hilang terus ditelan bumi..

*tulisan ringkas dari mahasiswa yang memerhati..  wallahualam…

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Fitrah manusia. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s