Mesir..Bumi yang ‘mendidik’..

Perkongsian eksklusif bagi sesiapa yang baca ni!  Terlalu banyak yang ingin dikongsi dan ingin diceritakan..

Malaysia..Mesir.. dua tanah yang luas yang tidak banyak beza..namun berbeda! Haha..faham? Sangkaan ku sebelum tiba di bumi ini (mesir)..banyak yang tepat.. hampir 80% lah! Menyedari hakikat bahawa mesir adalah bumi anbiya dan firaun menjadikan langkah-langkah ku di sana berhati-hati dan menjadikan dua belah kakiku ini ‘memerhati’..

Bagiku..hal yang mesti dikongsikan.. adalah realiti masyarakat dan biah di tanah arab ini.. kupasan ini (inshaAllah) bermanfaat bagi sesiapa yang membaca..tulus dari hati yang mudah  dibolak balikkan ini dan iman yang rapuh ini.. urmm..wallahualam..

BANGSA

Masyarakat Arab dan masyarakat melayu berbeza! Budaya..tingkah laku..adab..bahasa.. menjadikan suasana itu berbeza dari bumi Malaysia yang majoritinya masyarakat melayu-islam.. majoriti mereka juga Muslim..sengaja Allah tentukan begitu…

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

(Al Hujuraat ayat 13)

Namun ‘perasaan’ merasai bertapak di bumi islam itu hanyalah dapat diketahui dengan ‘mencelah-celah’ dalam kalangan masyarakat mereka.. kalau tidak.. yang zahirnya..tidak menggambarkan bahawa masyarakat Islam yang mendiami bumi itu.. persepsi yang buruk bagi pelancong2 yang bukan Islam.. keadaan jalan yang kotor..individu2 arab yang panas baran..gopoh gapah dalam urusan..dan sebagainya..(akan diceritakan kemudian)

Mereka bangsa yang berbeza namun kebanyakan mereka sangat menghormati masyarakat Malaysia sehinggakan digelar ‘AHSAN NAS’ (manusia terbaik)..subhanallah..penghormatan yang tinggi namun adakah kita layak dengan gelaran itu? fikir-fikirkan..

TINDAK TANDUK DAN ADAB

Ha! Ini jelas berbeza.. perkara pertama yang akan dilalui oleh sesiapa pun apabila melangkahkan kaki di tanah arab ini.. Masyarakat Arab ternyata kasar dan suka juga buat lawak kasar..kui3..

Terkejut juga.. ketika mula-mula nak melepasi kaunter imigresen di lapangan terbang kaherah terminal 3.. Ada seorang pegawai imigresen itu.. perempuan pulak tu! Menjerit2 dan mengetuk-ngetuk meja..ingatkan apa..rupanya dia minta passport untuk dicop.. haa.. memang ‘beradab’.. orang luar datang2 je..dah dihidangkan dengan layanan sebegitu…

Berbeza dengan keadaan di Malaysia..ketika mula-mula sampai di kaunter imigresen di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur (KLIA)..pegawai itu siap panggil adik.. hadui.. dan menunggu sahaja sehinggalah diberi passport tu kepadanya.. memang baik sangat pulak.. tapi itulah hakikatnya pengalaman orang merantau..kita akan membuat perbandingan secara spontan..wallahualam..

Tidak semua masyarakat Arab sebegitu..namun sebahagian BESAR mereka sebegitu.. mereka tak mempedulikan orang lain..bercakap dengan nada yang tinggi..cakap sambil tangan gerak2..(silap2 kena orang sebelah..hehe) kerap bergaduh..itulah ‘bad side’ mereka..

Jangan dilupa juga..mereka banyak juga memiliki kebaikan dan nilai2 moral yang tinggi.. masyarakat arab..peramah, menyambut tetamu ibarat menyambut raja di rumahnya, kelakar dan sebagainya.. (namun kadang2 keramahannya tu buatkan menyampah pula ye..🙂

PERSEKITARAN DAN INFRASTRUKTUR

Baiklah..seterusnya..mari kita telusuri biah(suasana) atau keadaan persekitaran di bandar-bandar mesir.  Di kawasan rumahku, diberi nama Madinah Nasr (Nasr City) atau lebih spesifik di Hayy Sabi’ yakni Seksyen 7 la lebih kurang. Pembinaan Bandar di Mesir boleh dikatakan tersusun memandangkan kedudukan bangunan2 di sana hanyalah berupa bangunan2 seperti apartmen (imarah)  yang menjadi kawasan perumahan bagi rakyat Mesir.

Jalan-jalan di Mesir khususnya di Kaherah..ish2.. (untuk tujuan iktibar) kebanyakannya dipenuhi sampah yang dibuang-buang, anjing2 (tapi takut orang) dan penuh dengan debu2 pasir. Keadaan inilah jelas tidak menunjukkan bahawa negara tersebut adalah sebuah ‘Negara Islam’. Hal ini kerana Islam sangat menitikberatkan kebersihan dan keselamatan umat. Lebih2 lagi keadaan lalu lintas yang tidak bersistem (tiada lampu isyarat, jarang menggunakan lampu signal dan etc) menjadikan keadaan lebih teruk. Semua itu ‘digantikan’ dengan bunyi HON sahaja. Bayangkan.. telinga ni pun dah naik lali dah.. heh..

Keadaan trafik di Mesir adalah gambaran pertama bagi sesiapa yang tiba di Mesir. Buat tak endah tentang keselamatan (macam ada 9 nyawa je) asalkan cepat sampai kat destinasi. Situasi ini menjadikan Mesir sangat berlainan dengan situasi di Malaysia. Wallahualam..

Urm..rasanya..yang diatas adalah point2 penting yang hendak dikongsi. Banyak lagi yang menarik tentang MESIR! Nantikan entri2 yang seterusnya. Perkongsian di atas hanyalah apa yang zahir dilihat pada kacamata manusia. J jazakallah khair..

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Fitrah manusia. Bookmark the permalink.

3 Responses to Mesir..Bumi yang ‘mendidik’..

  1. Habib Ahmad says:

    MAJLIS-MAJLIS ILMU FEB-MAC 2011:

    1. Majlis Ilmu Bersama Ustazah Alina al-Munawwar : http://mawlidnabi.blogspot.com/2011/02/majlis-ilmu-bersama-ustazah-alina-al.html

    2. Pengajian/Diskusi Kitab Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin : http://mawlidnabi.blogspot.com/2011/02/pengajiandiskusi-kitab-bersama-syeikh.html

    3. Sambutan Maulid al-Rasul di Baalawi KL bersama Tuan Guru Baba Aziz, Syeikh Fahmi Zam Zam, Habib ali : http://melayucyber.blogspot.com/2011/02/senarai-program-program-sambutan.html

    4. Majlis Maulid: IIUM Kuantan Berselawat : http://melayucyber.blogspot.com/2011/02/majlis-maulid-iium-kuantan-berselawat.html

    5. Maulidur Rasul Bersama Habib Ali di Masjid Tengkera, Melaka : http://www.facebook.com/pages/PONDOK-HABIB/295419981998

    6. MAJLIS PENGHAYATAN MAULIDUR RASUL : http://mawlidnabi.blogspot.com/2011/02/majlis-penghayatan-maulidur-rasul.html

    7. Majlis Silaturrahim Pondok Kali Ke-5 & Sambutan Maulidur Rasul 1432H : http://melayucyber.blogspot.com/2011/02/majlis-silaturrahim-pondok-kali-ke-5.html

  2. BalQis says:

    salam,,
    sy cdgkan spaye diletakkan site foll0wer..sng sket nak re-open this blog…
    hanya mencadangkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s