Aku dan Cinta~

Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”

“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita bukannya objek yang boleh diperalatkan.

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir,
apakah pasangan seperti ini mampu melindungi
dan menjaga maruahnya apabila berkahwin
nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang
dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal
berlaku satu hari nanti?…”

Kali ini..aku ingin berbicara mengenai topik yang mungkin menarik perhatian..  pabila farrishanafi bercerita mengenai cinta…atau ditanya mengenai cinta..aku akan jawab sebegini.. baca2..  berpeluh tulis ni.. semoga bermanfaat..

Persoalan cinta yang aku ingin ketengahkan..adalah cinta yang ‘mengganggu’..cinta yang ramai manusia kini dambakan.. cinta yang sukar dan cinta yang entah apa2… hakikat ini aku sedari lalu aku menulis nya untuk anda semua..  kepentingan dalam mencari CINTA YANG SEBENARNYA adalah sangat penting bagi kita dalam meneruskan hidup sebagai hamba si PENCIPTA CINTA..

Cinta adalah fitrah manusia yang tak boleh dipisahkan dari kehidupan seseorang manusia.. Ia selalu diperlukan. Mencintai dan dicintai boleh sahaja, tidak ada larangan dalam Islam. Segala yang ada di alam semesta ini merupakan cerminan cinta Allah SWT.

Hanya  yang perlu kita perhatikan adalah BAGAIMANA cara kita membina cinta tersebut. Apakah mendatangkan kebaikan kepada diri kita??  atau keburukan yang melemparkan kita ke kubangan lumpur dosa dan kemaksiatan??

Hakikat yang perlu kita sedari!!  Cinta itu indah, penuh berkah, dan rahmah. Namun begitu, cinta tak keruan dan tidak bermatlamat kerap sekali melemparkan kita dari cinta yang sebenarnya sekaligus merosakkan imej cinta yang indah dan barakah itu.. alahai…

Oleh karena itu, janganlah kita tergesa-gesa mengungkapkan kata cinta. Kelak kita yang akan menyesal! Nah, kalau kita sudah menemukan orang yang kita cintai dan ada kesamaan, yang perlu kita perhatikan adalah bagaimana cara kita membina cinta tersebut. Bagaimana cara kita menjaga kesucian cinta tersebut??(cewah…ada rujuk buku)

Pengalaman banyak mengajarku..ketika di sekolah..ada sahaja orang bercinta..atau istilah lain ‘couple’..ada yang tak mengaku plak tu.. tapi dah rancang sampai ke jenjang pelamin.. haih.. inilah hakikat yang para du’a perlu sedari.. kemelut cinta yang rosak dan jauh dari rahmatNya..

Itu ketika di sekolah..lepas sahaja zaman itu…satu per satu ujian ini menguji ku… banyak kali aku jatuh bangun dalam hal ini.. Allah sahaja yang tahu peritnya dan ‘terganggunya’ aku ketika itu…  menyesal sungguh…

Kini..banyak sudah novel2..cerita2..lagu2…yang memaparkan kisah2 cinta… lagi2 cinta manusia yang diISLAMIK kan… sehinggakan..apabila aku perhati..situasi sahabat2 ku… mereka seperti dilamun angan yang panjang tentang ‘kisah cinta’ mereka pula.. kononnya…

”alangkah indahnya kalau kisah aku sama dengan kisah kat dalam cerita ni…”

Urm….fenomena yang berlaku ini..yang ‘menyerang’ jiwa-jiwa muda kini… bermula dengan kisah ‘AYAT-AYAT CINTA..kemudian ‘KETIKA CINTA BERTASBIH’ kemudian NURKASIH..kemudian tak cukup dengan movie malah melalui novel pula..Tak dinafikan setiap kisah yang dilakonkan atau ditulis itu pastinya ada mesej yang boleh diambil pengajaran… Namun jelas.. anasir-anasir itu melalaikan bagi mereka2 yang ‘melayannya’.…ternyata mengecewakan… sekadar  pandangan yang daif..

Apa yang aku impikan! Adalah cinta kerana dakwah.. dan pastinya aku ingin membina keluarga yang giat dalam dakwahnya..  KELUARGA DAKWAH! Itu lah yang paling indah…Allah~ cinta itu yang perlu kita sama2 dambakan.. cinta yang suci dan bersih dari kekotoran maksiat dan najis hasutan nafsu dan syaitan…  Kalau saja2 nak suka pastinya itu nafsu dan syaitan yang menggoda…

Cinta yang sebegini..pastinya memerlukan pengorbanan yang besar!! Dorongan tarbiyah islami yang konsisten dan kefahaman fikrah yang jelas mampu untuk menjadi bekal dalam pengorbanan itu… Itulah kekuatan yang perlu kita kuasai bersama wahai rijal….

Allah swt ada berfirman… (mafhumnya)

“……sedangkan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).” (Nur: 26)

Janji Allah itu benar!! Pembentukan diri yang baik mendorong kita untuk ‘mencari’ yang baik.. segalanya telah tertulis… kita perlu menyedari hakikat ini.. ramai orang hendakkan pasangan yang baik2… namun apabila menilai diri.. masih banyak kekurangan dan dosa kemaksiatan yang dilakukan..

Bermula dari individu yang MUSLIM lantas kita dapat membentuk keluarga dan seterusnya masyarakat yang MUSLIM! Itulah kebangkitan Islam yang ingin kita capai sekaligus kita mencapai MATLAMAT CINTA yang hakiki…   SAKINAH…. MAWADDAH…. RAHMAH!! inshaAllah..

Wallahualam… inilah jawapanku tentang cinta…

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Fitrah manusia. Bookmark the permalink.

5 Responses to Aku dan Cinta~

  1. ashme says:

    so true…keep writing…

  2. deenna yasmin says:

    amat tertarik dengan penulisan saudara.. keep it up.. btw, nie email saya. mien_cuithurt@yahoo.com. harap dapat menjalinkan ukhuwah, krn bulan 9 nie saya bakal ke mesir. menuntut di al-azhar. kalau tidak keberatan, b0leh la saudara ceritakan lagi tentang mesir untuk menambahkan lagi pengetahuan saya tentang persekitaran di sana.🙂

    • farrishanafi says:

      Tertarik? Saya dah lama tak update blog ni. Minta maaf sangat2.
      Dah setahun rasanya.
      Btw, amek medik ke atau pengajian islam di Azhar?

  3. muhammad arif says:

    bg wantia yg kurung baik pd lelaki. mn kah yg harus dia temu kn cinta nye? ada kah lelaki yg baik utk dia!? ada kah lelaki yg blh terima dia seada nye? kemana kah wanita2 sebrgini blh cari cinta nye?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s