Celupan tarbiyah..

 

صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ

“Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.” (QS. Al-Baqarah : 138)

 

Bismillah..mengupas tajuk ini memerlukan masa. Tatkala masa itu dihimpit dengan nikmat-nikmat dunia, kita menjadi lebih kuat dengan izin Allah swt. Topik yang berat, namun berusaha untuk dimudahkan kefahamannya agar kita sama2 mengambil manfaat. InshaAllah…

Celupan! Celupan! Celupan!

Ibarat kain putih yang ‘dicelup’ ke dalam cairan hitam lalu menjadi kain hitam.. itulah hakikat celupan. yakni sibghah!

Persoalannya..sibghah mana yang lebih utama? Mari kita faham..

Dunia kini.. situasi nya.. sinonim kita perkatakan dunia yang hancur,rosak dan penuh dengan keaiban-keaiban dosa. Zina,riba,arak dan sebagainya dianggap ‘perkara kebiasaan’ yang menjadi RUTIN dalam hidup manusia kini. Mengapa hal ini boleh berlaku? Sedangkan AlQuran dan hadis Nabi saw itu masih lagi ‘ada’ bersama kita? Mengapa berlaku?


تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى

Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya

nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku..

(sahih Muslim)

Kefahaman dan kupasan penting di sini..

Manusia diciptakan dalam keadaan berfitrah ya;ni mengakui ALLAH IALAH TUHAN SEKALIAN ALAM. Namun hakikatnya, fitrah itu hanya boleh dipelihara sekiranya kita BERPEGANG pada dua perkara! QURAN dan SUNNAH RASULULLAH SAW!  Jadi..hal-hal kemaksiatan berlaku disebabkan kita TIDAK BERPEGANG pada dua perkara itu. Itulah isunya.

CELUPAN inilah yang diperlukan MANUSIA!

Timbul pula persoalan..

Bagaimana kita hendak berpegang pada dua perkara itu??? ^_^

Maka dari situ.. muncullah TARBIYAH..ya;ni didikan.. TARBIYAH yang bagaimana?! Pastinya..sebagaimana TARBIYAH yang dilakukan oleh RASULULLAH SAW ke atas para sahabat.. Itulah tarbiyah yang terbaik! Tarbiyah atau didikan yang menjadikan kita ini memahami hakikat diri sebagai manusia dan ‘bebas’ dalam pengabdian kita pada Allah. Kebergantungan kita kepada manusia menjadi SIFAR! dan segalanya untuk ALLAH.. Itulah para sahabat Rasulullah, kesan dari tarbiyah baginda….

Secara asasnya, TARBIYAH ini perlu dilakukan bermula dengan PERUBAHAN DIRI. Iaitu keinginan untuk berubah ke arah kebaikan. Hijrah yang paling UTAMA!

Bermula dari DIRI..

bantuan MURABBI(pembimbing),

BIAH SOLEHAH (suasana soleh)

dan juga SISTEM(aturan).

Seterusnya, tarbiyah ini sangat sangat bangat diperlukan untuk menjadikan kita ini berada dalam golongan MUSLIM yang mempunyai KARAKTER MUSLIM. Bukan hanya MUSLIM pada NAMA!

dan pastinya KARAKTER MUSLIM inilah yang menjadikan kita berada di bawah naungan ALLAH sekaligus terselamat dari kenikmatan DUNIA yang ilusi dan berbahagia di akhirat abadi. InshaAllah..

Oleh itu, secara konklusinya, proses untuk mengharungi tarbiyah islam ini pastinya penuh dengan ‘duri’. Bukan senang untuk melaluinya. Namun hakikatnya, HANYA itu sahajalah yang boleh menjadikan UMMAH kita ini khususnya UMAT ISLAM untuk BANGKIT mengatasi ketamadunan yang lain lantas melaksanakan syariat Islam selaku USTAZIYATUL ALAM dan menjadi wakil Allah di muka bumi ini… wallahu’alamm..

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Fitrah manusia. Bookmark the permalink.

One Response to Celupan tarbiyah..

  1. Habib Ahmad says:

    JADUAL ZIARAH DAN DAKWAH GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ IBN SYEIKH ABU BAKAR BIN SALIM حفظه الله DI MALAYSIA (Safar 1432H/Januari 2011M)

    8 JANUARI 2011 7.00-10.30 PM DI MASJID WILAYAH JALAN DUTA KL

    11 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI MASJID MUHAMMADI, KOTA BHARU KELANTAN

    12 JANUARI 2011 7.00-10.30PM DI YAYASAN AL JENDERAMI, JENDERAM SELANGOR.

    MAKLUMAT LANJUT BLOG PONDOKHABIB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s