Puitis rantauan…

LANGKAH BERMULA…

Penaku sentiasa saja bergerak mengikut gerak hati… berikut mesej dariku buat sahabat semua…

Langkah bermula…

Tika hening ditiup bayu..

Aku termangu dan termenung..

Dek delapan kiranya aku ingin merantau..

Rantauan kasih rindunya pada ilmu…

Namun..

Betulkah aku rindu pada ilmu..

Atau kiranya aku inginkan ilmu kerna dunia…

Dunia yang fana dan sementara…

Kelak kesal tangis berdarah

derita di akhirnya..

Langkah bermula…

Aku sedari..

Usiaku bukan skala besar dan utama…

Akal tulus ..telus diguna..

Cakna iman dan taqwa

Saluti  akal serta hati dengan sempurna..

Lalui lorong-lorong suci…

Ibarat permata pancar menerobos kain putih…

Bermanfaat buat diri dan dunia..

Langkah bermula…

Dugaan buatku kian sukar dan berduri…

Tatkala aku memikul bebanan seorang diri…

Sebagaimana kelak aku ditanya nanti…

Adakah engkau mengerti?

Semua itu didikan Tuhan…

Takkan!!

Takkan!!

Takkan!!

Takkan tiada sebab mengapa Tuhan duga aku sebegini..

Jika aku fahami dan renungi…

Bersabarlahh..

Kelak jadi manusia muliaa..

Langkah bermula..

Aku masih muda..

Baru tumbuh mekar di bumi..

Ibadah ku masih lagi ibarat buai-buai…

Tak seteguh konkrit memasak ke pusat bumi…

Aku gusar dan risau…

Adakah iman ku ini…

Mampu bertahan tatkala aku diuji?

Ya Allah…

Perkasakan lah nadi imanku…

Kuatkan lah urat taqwaku…

Moga aku mampu mengangkat namaMu..

Di akhir zaman ini….

Langkah bermula…

Pasir dan debu ku pilih..

Tanah Musa dan firaun ku idamkan…

Timbul tanda tanya…

Ku mengapa?

Kerna bangga redah langit di balik burung besi??

Kerna bangga berjauhan dengan keluarga??

Kerna bangga disanjungi ??

KERNA BANGGA?!

Hatiku sikit-sikit dijangkiti…

Dek penyakit yang sukar diubati…

Pulanglahh..

Ke jalan fitrah…

Aku hanya manusia biasa..

Tuhanku hanya menguji…

Adakah aku berterima kasih padaNya??

Adakah  teguh yakinku padaNya??

Fikirkan lahh…

Aku terdiam membisu…

Langkah bermula….

Kadang kala… ku hiba..menitis air mata..

Hidupku ini untuk apa?? Untuk apa??

Malu aku di hadapanMu..

Tiap bibit aku menadah tangan padaMu..

Memohon apa yang di luar jangkaku..

Namun!

Aku berdosa..

Terlalu banyak dosa yang ku pikul di usia ini..

Malu tak terkata..

Ya Allah ampunilah daku…

Dunia…hanya sementara.. takut nanti aku pulang kepadaMu..

tidak membawa apa-apa…

bak debu-debu yang berterbangan…

*dikarang di bumi mesir..:) semoga bermanfaat..

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Pengalaman hidup. Bookmark the permalink.

One Response to Puitis rantauan…

  1. Pingback: kiriman blog yang paling banyak dibaca pada 30/12/2010. « neutral

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s