Saff..saff..

Alahai muslim Malaysia, susah betul nak ikut arahan tok Imam ni, luruskan saf, rapatkan barisan dan penuhkan barisan di hadapan.

Aku ingat lagi waktu darjah enam, latihan menjadi Imam di sekolah rendah mahupun sekolah agama, bergilir-gilir dengan rakan-rakan untuk menjadi Imam. Satu masa aku terdengar seorang ustaz berkata.

“nak jadi Imam bukanlah semudah yang disangka, hati perlu ikhlas dan penuh tawaduk, kalau makmum tidak berdiri dengan betul bahkan tidak mewujudkan satu saf yang sempurna maka Imam yang akan mendapat dosa”.

DOSA?

Lalu ada sorang murid ni bertanya…

“Habis tu ustaz, macam mana nak jadi Imam? Makmum dah la ramai, habis dosa Imam tanggung sorang..”

Ustaz jawab…

“Sebab tu Imam perlu bagi arahan sebelum memulakan solat, bayangkan seperti kita ini adalah satu rombongan untuk menghadap yang maha Agung, kalau kita nak jumpa menteri pun ada protokolnya, apatah lagi menghadap Allah pencipta yang maha Esa”…

Owhhhhh… patutlah Imam perlu bagi arahan sebelum memulakan solat.

Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Tapi yang aku tak fahamnya ialah sampai sekarang masih terdapat segelintir umat Islam di Malaysia khususnya yang masih ‘SEGAN’ untuk merapatkan saf, bersentuhan bahu. Apa busuk sangat ke makmum di sebelah tu? barangkali sendawanya bau durian kot, atau minyak wanginya yang terlalu kuat menusuk hidung atau baca kuat2 sangat kot.. (ntahlah..)

Apatah lagi apabila saf menjadi lompong apabila sorang makmum keluar dari saf mungkin kerana terbatal wuduk, lagi payah nak tengok makmum lain hendak merapatkan saf, takut beg duit, handset, spec mata yang di atas lantai kat depan tu nanti beralih ke makmum sebelah, jadi dia pun kaku buat tak tahu seperti berpura-pura jahil atau ‘khusyuk’ sangat sampai tak perasan untuk merapatkan saf yang lompong…

Tertanya-tanya, “apasal orang sebelah tak nak gerak ni? patutnya dia lah yang rapat ke aku, ke aku yang kena rapat kat dia? orang kat belakang kot yang kena masuk ke depan.”

Bercakap sorang diri, solat x khusyuk, tahu-tahu Imam dah rukuk, sujud, last-last bagi salam.

Haaaaa… sampai habis solat pun saf tu lompong. Apa la nak jadi..patutla umat Islam longgar perpaduan longgar keyakinan..

Pernah gak beberapa kali aku berada dalam situasi rapatkan saf ini..berlaku ketika bulan ramadan..tak pasti sama ada solat isyak atau sunat terawih..imam memberi arahan..

“Luruskan dan rapatkan safff…”

Tiba-tiba..

Aku berasa pinggang kiriku ditarik ke kanan..aku dah rasa semacam..sedangkan imam berada di sebelah kiri aku..ha..camne ni? dah la pakcik..pakai spec pakai jubah hitam..pastu letak serban kecik kat tempat sujud depannya.. aku pun cakap diam2..

“Aih..pakcik ni..patutnya dialah yang kena bergerak ke kiri ni..”

Aku dari dulu lagi pantang pasal saf ini..tak kira lah pakcik ke..makcik ke..budak ke..memang kena jugakk!.(hehe..)

Kemudian..aku cakap kat pakcik tu..aku tarik plak pinggang dia ke kiri..

“Pakcik..rapatkan ke kiri ye..ke kedudukan imam..” sambil senyum..

TETAPI..

Pakcik tu buat bodoh je..macam takde sesiapa yang bercakap dengan dia..aduhh..peliknya pakcik ni..takkan nak gerak bape sentimeter ni pun dah berat sangat..ke malu anak muda ni tegur balik dan betulkan kesalahan dia tu.. wallahu’alam..mungkin jugalah..  masih lagi  berasa ego meskipun dalam situasi ingin menghadap Allah swt..urmm…fikirkan..

Aku bersangka baik..mungkin pakcik ni kaki sakit ke..ape ke..(haha..) Aku sangkakan dia akan merapatkan saf selepas habis solat tu..

TAPI!!

Sampai ke sudah solat terawih yang 20 rakaat tu!! Ya Allah…degil betul nak rapat ke kiri, kaki macam dah melekat kat lantai, sedih rasanya, ‘pemalu’ sangat ke nak rapatkan saf?? Adoi..

Apa mungkin sesetengah dari kalangan kita fikir bahawa saf perlu di rapatkan ke kanan, sedangkan saf perlu dirapatkan ke arah Imam. saf di bentuk dari tengah, oleh itu kita harus rapat ke tengah, dalam erti kata lain Imam seperti magnet, menarik kita untuk ke tengah, tidak kira ke kiri mahupun ke kanan, kita harus rapatkan saf ke ‘tengah’, rapat ke arah Imam.

ada satu kes lagi…

Kadang-kadang masuk ke saf baru selepas bangun dari sujud atau duduk di antara dua sujud saf akan jadi sedikit longgar, yang ni lah ramai orang yang buat tak tahu, tak mahu rapatkan saf, sebagai contoh mudahnya ada kelonggaran di sebelah kiri dalam 7cm dan di sebelah kanan dalam 3cm, Imam pula di sebelah kanan, dan sepatutnya dia merapatkan saf ke kanan, tapi apa yang peliknya dia bergerak ke kiri, kononnya untuk bagi ‘balance’ kanan 5cm dan kiri pun 5cm… adoyai… lawak-lawak…haha

Alahai…. apa sudah jadi? apa lagi yang perlu dilakukan? orang kita masih segan-silu ni, nak di sepak dah tua, nak di tegur kang marah pula.

“Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i, Ahmad)

Di dalam riwayat lain, Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, aku melihat syaitan masuk di celah-celah saf, sebagaimana masuknya anak kambing.”

(Hadis Riwayat Abu Daud.Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abi Daud)


Sama-samalah kita ingat-mengingatkan, tetapi sebelum itu analisis diri kita dulu, adakah kita tergolong dalam makmum yang jahil? atau makmum yang berilmu.

Benarlah bahawa ‘menuntut ilmu sesaat lebih baik dari beribadah berpuluh-puluh tahun, maknanya, apabila kita ibadah tanpa ilmu, jahil, dibimbangi kita tidak mendapat pahala ibadah tersebut.

Dibimbangi pahala jemaah tidak dapat walaupun secara fizikalnya kita solat beramai-ramai…

Sekarang ini musim ramadhan, musim jemaah yang ramai, apa kata anda pergi sendiri ke mana-mana surau dan masjid, dan saksikanlah sendiri…mungkin sama sahaja….urmm..

WaAllahua’alam…

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Fitrah manusia. Bookmark the permalink.

6 Responses to Saff..saff..

  1. abrar says:

    ooo…ade blog mantap tak bagitau….

  2. luqman says:

    haha. Malaysians are funny. so,rasa2 boleh banyak amek contoh dlm bab solat form Egyptians,rite?

  3. Dan says:

    mb entri ni dah lama. tapi boleh ke sy tahu?
    dlm kes masjid yg ada byk bhgn (mcm ada ruang legar kat luar yg jd tmpt makmum juga esp time jumaat). yg saya faham, kita merapat ke arah imam spt sy saudara ckp. kalau imam diruang utama sblh kiri masjid, means semua org di ruang legar bergerak ke kiri. xsesapa yg patut ke kanan. tp kekadang ada yg main rapat ke tengah bhgn tu (siapa hujung kiri gerak ke kanan, sapa hujung kanan gerak ke kiri), bukan ke arah imam. mcm ada ‘imam’ lak kat ruang legar tu.
    adakah fahaman sy yg salah?

    • farrishanafi says:

      kefahaman saudara bgantung pd apa yg saudara faham… ^_^

      fahaman yg tepat adalah blandaskan Alquran dan sunnah Nabi saw… Nabi sgt mmberi penekanan ttg isu saf dlm solat ni… dan byk hadith mnyebut ttg kepentingan dalam memelihara saf dalam solat… *boleh cari, tak perlu ana nyatakan di sini..

      isu di sini sebenarnya bukan isu dari mana ke mana nak merapatkan saf… sama ada ke arah imam atau pun tak… isu nya yg besar adalah tentang kepentingan dan kefahaman kita dalam merapatkan dan meluruskan saf… kbnykan nya imam yg utama pasti berada di tgh masjid… namun skirenya imam berada di sebelah kiri atau kanan masjid sekalipun… tak mnjadi masalah kita nak merapatkan saf ke arah mana.. sama ada kiri atau kanan..lebih baik kita merapatkan kearah imam jadi kedudukan saf mjadi kemas dan seimbang… tak jadi masalah…islam tidak mmberi kesusahan kpd manusia.. ikut akal fitrah manusia sekalipun.. takkan lah kita nak merapatkan saf ke arah kanan sampai kiri terabai kan? sedangkan imam berada di sebelah kiri? rasenya tak perlu hujah panjang pun ramai yg faham…

      Namun, melihat pada kemaslahatan masyrakt kini.. ramai yg masih lg buat taktau atau taktahu ttg kepentingan merapatkan saf ni… oleh itu…langkah mudah… kita mengajak orang yg solat di sebelah kiri atau kanan kita… merapatkan ke arah imam.. lebih praktikal…wallahualam…

  4. shida says:

    salam…terima kasih atas perkongsian ilmunya…
    saya jadikan rujukan dalam mncari kebenaran tadi semasa jemaah..teimas…
    jmput singgah
    http://luvabenbaby.blogspot.com/2011/08/saf-ketika-solat-berjemaah.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s