Aku dan bisnes..

Pada 28 Ogos 2010 yang lalu, aku telah menghadiri kursus usahawan di Bandar Tasik Selatan di KL. Memang mengkagumkan! unexpected chances to gain money!! haha..

Macam takde kerja lain jer nak buat sampaikan aku mengisi masa pada hari itu dengan menghadiri kursus New Distributor Orientation (NDO) bersama beberapa rakan untuk menimba sedikit ilmu dan pengalaman dalam dunia perniagaan.

Islam adalah Din al-Muamalah, iaitu agama yang mengatur perhubungan sesama manusia. Antara hukum dan peraturan Islam yang telah menggariskan ketetapan mengenai hal-hal panduan perdagangan dan perniagaan sebagai keperluan umat Islam seharian.

Ada sebuah hadith menyatakan..

التجارة في الرزق أعشار تسعة
“Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan.”

Hadith ini diriwayatkan oleh Nuaim bin Abdul Rahman, telah berkata al-Iraqi dalam takhrijnya terhadap kitab Ihya’ ulumuddin 2/79 bahawa hadith ini adalah mursal yakni dhaif.

Namun begitu perspektif kita sebagai seorang manusia memang akan beranggapan bahawa masa kini wang sangat diperlukan. Sama ada untuk pendidikan,kesihatan,makanan,tempat tinggal, bahkan hendak pergi haji pun memerlukan kos yang besar. Oleh itu, perniagaan adalah jalan terbaik yang boleh menampung kita di samping kita memohon rezeki yang berterusan dari Allah swt. Namun tidak boleh menganggap kekayaan itu menjamin hidup kita di akhirat. seperti apa yang termaktub dalam Quran..

” Kecelakaan besar bagi mereka yang mencaci dan mengeji, yang mengumpulkan harta serta menghitung-hitung kekayaan, ia beranggapan bahawa harta kekayaan dapat mengekalkannya di dunia, tidak sekali-kali, sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam neraka yang bernama Hutamah. (Surah al-Humazah:1-4)”

 

Kini, aku melibatkan diri dalam sebuah perniagaan MultiLevel Marketing yang berpotensi besar untuk memperoleh rezeki secara berterusan. Network marketing berteraskan sistem perniagaan yang tersusun dan meniagakan produk yang hebat pasti menjamin pendapatan yang hebat juga sekiranya kita bersungguh. Target kini untuk membiayai pelajaran dan menunaikan haji pada usia muda bersama mak abah. Ameen..

Produk yang diniagakan adalah SCORE A!!.. Sebuah portal pendidikan yang semakin hari semakin mendapat sambutan dari ibubapa di samping dapat menjana pendapatan sampingan dari situ.

http://rekaimpian.com/scorea/usahawan/pakej-usahawan

http://kshd.youthchapter.com/achievements/

http://rekaimpian.com/scorea/category/perniagaan

*sila ke laman web berikut untuk lebih lanjut..

Namun begitu, bisnes ini hanyalah sampingan dan tidak menjadi perkara pokok dalam kehidupan kerna aku lebih suka bermiskin berbanding kaya. InshaAllah percubaan memulakan perniagaan seperti ini memberi pengalaman berbeza seperti pada waktu ketika Rasulullah saw mengembala kambing dan ternakan di samping dapat menjadi orang kuat dalam perniagaan ketika di Mekah bersama Siti Khadijah yang kemungkinan dapat membentuk fikrah secara perlahan- lahan dalam melibatkan diri dalam ekonomi khususnya Islam…

Sekian sahaja..sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan farrishanafi..:)

Jazakallah khairan kathira..

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Pengalaman hidup. Bookmark the permalink.

One Response to Aku dan bisnes..

  1. zul says:

    salam patut la tau ana wat bisnes tuu..hahah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s