Sebab belajar je ke?.. di Premedic

Memang tugas dan tanggungjawab kita hidup di muka bumi hanyalah untuk beribadat kepadaNya.. sebagaimana Allah swt berfirman (mafhum)..

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu” (Adzariyyat:56)

 

Post ini sekali lagi tidak bertujuan ujub,takabur atau seumpama dengannya. Hanyalah sebagai memberi pengajaran kepada sahabat-sahabat semua.

Tatkala Program Premedic bermula, aku telah merangka beberapa langkah dan misi aku di sana. Ketika itu, aku berfikir…

Adakah aku benar-benar Allah telah memilih aku  untuk menyertai program ini sekadar untuk menuntut ilmu2 asas perubatan,bahasa arab amiyah atau ada lagi hikmah2 yang tidak dijangka?

Duit RM3000 ‘habis’ keluar dari poket ayahku. Adakah aku benar2 ingin memanfaatkannya?

(Urmm..bukan RM3000 je..ada lagi duit untuk beli barang2 keperluan) =D

Aku fikir…fikir…dan fikir… sampailah satu ketika…

1.”Hmm..kalaulah aku kini berada di rumah..apalah nasibku? Mungkin aku banyak buang masa..” (pegang dahi)

2. “Hmm..andai kata aku duduk di rumah..mungkin aku banyak melawan cakap ibubapaku dan ahli-ahli keluarga yang lain..” (geleng2 kepala)

3.”Hmm..kalaulah aku ditakdirkan pergi ke Premedic untuk jumpa jodoh..senang hidup..hehe..” (aku gelak time ni dan senyum belaka)

4.”Hmm..andai kata..Allah kasih padaku…mungkin aku berada di sini untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat yang seperjuangan denganku seperti sebelum ni..” (angguk2 kepala)

5.”Ish..macam ‘tension’ je rasa2 nya..belajar banyak kot..ish..” (buat muka)

6.”Haa..mungkin aku boleh cari pengalaman baru..hmm..tapi pengalaman baru yang camne??” (aku picit2 kepala)

7.”Ya Allah..Kau telah bawaku ke dalam satu cabaran baru..ujian baru..aku redha atas ketentuanMu..aku yakin ada ‘something’ yang akan mematangkan aku nanti…”  (aku bersujud syukur menyembahNya)

Aku jumpa! Mungkin itulah perkara yang akan aku alami…

Lantas,aku memasang niat dalam hatiku. Belajar..belajar dan belajar…TAPI!! Bukan belajar setakat di dewan kuliah 6 je,bilik tutorial,makmal, atau sebagainya malah aku akan gunakan setiap peluang yang ada sepanjang aku berada di situ untuk belajar..

(urm..sebenarnya tak buat pun,tapi hakikatnya setiap saat kita bernafas itulah waktu pembelajaran…itulah kehidupan..)

Jadi,aku tafsirkan bahawa PENGALAMAN adalah guru tebaik kita..tetapi sejauh mana kita mengambil pengajaran dari pengalaman yang dilalui itulah yang perlu diberi keutamaan untuk perubahan kita ke arah kebaikan….

Itulah pendirian aku sepanjang berada di sana.

Aku membina kekuatan diri secara ‘etika’ dan aku banyak berfikir tentang masa depanku secara senyap dan teratur kerana aku yakin Allah swt telah menentukan yang terbaik untuk hambaNya.. cuma yang menjadi penentu adalah..

sejauh mana pengharapan kita padaNya..iktikad? ibadah? akhlak??

Urm..fikir2kan lah wahai sahabat..aku di sini cuma meluahkan apa yang sepatutnya..Allah swt yang memiliki ilmu segalanya atas apa yang berlaku ke atas kita… wallahu’alam…

To be continued..(hehe)

 

 

 

 

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in PREMEDIC 2010!!!. Bookmark the permalink.

6 Responses to Sebab belajar je ke?.. di Premedic

  1. adrisurjana says:

    salam….betul cakap ko tuh….sokong seratus peratus!!!!!…………….lahma!!!!!!!!!!!!!!!

  2. nurekin says:

    ana tergelak2 baca post ni..dekat nombor2 tuh kelaka

  3. akifabdullah says:

    haishhh..azharian!

  4. qubnani says:

    salam ziarah,

    Jumpe link anta di web APIS. smoga dmudahkan urusan untuk berpijak di bumi anbiya’. sedikit web rujukan yang boleh d buat bkenaan jurusan perubatan di mesir http://perubatan.org/v3.

    Kami di bumi anbiya’ mengalukan kehadiran nta dan sahabat2 ke perlembahan Nil. semoga beroleh hikmah di bumi yang penuh keberkata.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s