Berjayakah di PreMedic?

Bismillah arrahman arrahim.Perkongsian eksklusif untuk sahabat semua.

Selepas UPSR,PMR,SPM..kejayaan demi kejayaan aku kecapi. Allah swt sahaja yang layak dipuji. Bukannya aku yang hina dan manusia yang hanya diberi kecerdasan apabila Allah izinkan. Alhamdulillah. Dialah sahaja yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

Kali ini, aku melangkah ke alam yang lebih mencabar. Di saat memerlukan keteguhan jati diri dan keazaman yang lebih tinggi dari sebelumnya. Meskipun hanya 2 bulan (lebih kurang) di Fakulti Perubatan Universiti Putra Malaysia Serdang, banyak jua pengalaman yang perlu diamati dan difikirkan. Bukannya sekadar mengalami lalu ‘tidur’ kembali.

Aku rasa lebih teruji dari yang sebelumnya! Namun aku menganggap itulah tarbiyah dari Allah swt tanda kasih sayangNya pada ku. Ujian..ujian..ujian..

Urm..aku tulis bukan bertujuan untuk riak bangga diri atau seumpama dengannya. Cuma yang menjadi pendorong aku menulis ini adalah untuk mengingatkan sahabat semua.Penyampaian ringkas namun penuh dengan mesej..InshaAllah…

Aku hanya menulis perkara2 yang masih belum terungkai lagi maksudnya.
Sesuatu perkara yang aku sentiasa fikirkan dan simpan sampai bila2 lantas menjadikan aku lebih matang mengharungi usia.Amin.

1.Sewaktu premedic aku menerima input yang tidak disangka-sangka. Hehe..Subjek anatomy,physiology,histology,biochemistry,pharmacology dan macam2 lagi. Setiap pagi aku bersama rakan-rakan lain dari pukul 9 sampailah 12 tgh hari duduk di dalam Dewan Kuliah 6 mendengar ‘lecture’ dari macam2 orang yang berpendidikan.
Kemudian, sambung pula pukul 2 sampailah 4 petang, kali ini ada kelas tutorial.Haa..kadang2 best kadang2 bosan.


Sambung lagi pukul 5 sampai 7 (sometime 7.30), ada kelas arab amiyyah bersama ustaz wessam, seorang jurutera yang sedang mengambil ‘master’ dalam bidang kejuruteraan komunikasi dari Iraq.

Hebat! Satu ujian untukku menerima ilmu baru dan manfaatkannya.

2.Haa..sensitif pula..ujian pula..melibatkan perasaan aku dan orang lain.Ada dalam kalangan memulakan ‘langkah’ terhadapku.(faham sendiri) Kadangkala aku terganggu tapi memandangkan aku berada dalam situasi belajar atau menuntut ilmu.Semua itu aku tolak ke tepi.(maaf ya)

Mungkin ada antara kawan2 ku panggil aku ni ‘feelingless’ tapi aku taklah sedemikian 100%. Keadaan ku mudah berubah mengikut keadaan.
Ada sesetengah akhawat menarik perhatianku. Waktu ini, aku mula tergugat. Takut nafsu dan syaitan mula menguasai hati yang mudah dibolak balikkan ni. Astaghfirullah..solat-solatku memelihara aku ketika ini.
Hebat!! Ujian ini mendidikku namun kadangkala aku kalah juga akhirnya…Quran dan tazkirah pula ‘menenangkan’ aku. Alhamdulillah..

3. Ketua kelas? Class rep? Haa..ini sebenarnya tak jadi masalah bagiku..Pengalaman ada kemahiran pun ada. Tapi aku kadang2 buat kadang tak.Hehe.. Sori lah kawan2 kumpulan Satu semua. Kehadiran kelas adalah perkara yang wajib aku ambil setiap hari..Ush..amanah tetap amanah..so kenalah buat..adalah lagi yang lain2..tapi malas la pulak nak taip..

4. Ok..kali ni agak pelik tapi menarik. Malam BBQ MedicMesir 2010 banyak meninggalkan kenangan. Ujian kali ini aku tidak sangka2. Allah lah sebaik-baik penguji dan Dialah yang menentukan apa yang terbaik untukku. Pada malam itu, top20 students diumumkan. Harapan tu ada laah. Tapi aku tidak mengharapkan sesuatu yang hebat. Ala kadar cukup sude. (hehe)

Namun hakikat yang berlaku adalah sebaliknya. Aku diumumkan sebagai TOP STUDENT! Terkejut pada awalnya..namun aku redha apa yang berlaku ke atasku. Ini nikmat sementara. Macam2 rasa ketika ini aku dapat rasakan. Tapi diam2 je la. Dapatlah hamper besar dan sebuah mug. Alhamdulillah.. nikmat Allah memang sukar dijangka.

Kemudian aku fikir2 kembali..mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku..Aku tidak mudah menerima pujian..sebab aku tidak suka pujian..

Adakah aku ini sedang diuji? Ya Allahu akbar..tersungkur aku sujud syukur dan penuh harap aku pada Allah swt. Apakah yang telah aku lakukan sehingga Allah memberi nikmat itu? Malah memberi peluang kepadaku untuk menuntut ilmu dan mendapat darjat di sisi manusia??

Bermula situ..aku mula dipuji..macam2 lah..aku dengar yang ‘baik2’ je..adoi..sampaikan aku beristighfar diam dalam hati.

“ini bukan aku..ini bukan aku… Allah lah yang layak dipuji…Dialah yang mengatur segalanya…” (tapi ayat takdelah skem mcm ni)

Kesimpulannya..aku hanya ‘rate’ kejayaan aku di Premedic sekadar menepati 80% target sebelum aku mengharungi program persediaan itu.
Sebab ada juga perkara2 yang aku tak tepati dan lalai dalam menghadapi ujian dariNya.

Tapi bagaimana pula dengan status ibadah aku di Premedic? Haa..

To be continued…..

*Ending tak best la..sebab dah taktau nak tulis apa.. :p

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in PREMEDIC 2010!!!. Bookmark the permalink.

6 Responses to Berjayakah di PreMedic?

  1. fadzil rahmat says:

    haha…..
    ko mmg kuat feeling…
    spe ckp ko felingless boooo dye kuat2 wei…
    wakaka

  2. nurekin says:

    ujian adalah tarbiyah dr Allah ..
    apakah kita akan sama
    ataupun sebaliknya

  3. akifabdullah says:

    ni kawan ko sorg ni masih lg ‘tertinggal’…
    x ajakkk

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s