Mimpi yang sukar dilupakan…

Kepenatan..tertidur pada waktu petang bertarikh 6 Julai 2010 banyak merencana langkah-langkah seterusnya.. Mesti tertanya-tanya sebab nya en?

Urmm..hendak bercerita pun agak samar sebenarnya mimpi yang dialami. Namun, ‘mainan tidur’ ini banyak menjadikan aku terfikir-fikir. Kalau hendak ditafsirkan pun, aku tak pasti sejauh mana kebenarannya dan kebanyakan mimpi-mimpi pun datangnya daripada syaitan. Oleh itu, aku perlu berhati-hati.

Ok! Baiklah.Mimpi apa yang aku alami sangat pelik dan jarang berlaku dalam hidup ini. Hehe.. sebab mimpi ini membuatkan aku terjaga dengan ‘heartbeat’ yang laju dan perasaan takut menguasai diri ketika itu. Namun, aku sambil lagi tidur selepas itu dengan harapan nak ‘continue’ mimpi tadi.(haha,merepek)

Begini kisah nya….

“aku berada dalam suasana yang hiruk pikuk..(mungkin sebab pasang radio)..

mungkin aku berada dalam sebuah majlis besar seperti perayaan besar negara..seperti hari sambutan kemerdekaan, konsert atau yang seumpama dengannya…

tapi yang pasti..’perayaan’ itu bukanlah sesuatu yang menjurus ke arah kebaikan..surely menyimpang sebab (apa yang aku rasa dalam mimpi) kelihatan seperti pergaulan yang melampaui batas lelaki dan perempuan dan hiburan yang keterlaluan…

Haa..latar belakang yang aku perasan lagi adalah ‘perayaan’ itu di KLCC. Haha. Kelakar je..

Ok..ini adalah klimaks mimpi..(ush) tatkala masing2 sibuk dengan ‘perayaan’ itu, cahaya sana sini menyuluh-nyuluh ke sana ke mari..muzik kuat diperdengarkan.. tiba-tiba..

Segalanya terpadam..black out!! Dan dalam kepala aku ketika itu..(terfikir la) sumber tenaga berpunca dari KLCC itu dan disalurkan dari puncak KLCC..

Kemudian, aku ‘terlihat’..durian jatuh dari langit..sebiji durian..jatuh dari langit.. (aku fikir tu tanda kemurkaan Allah) lalu yang menyebabkan semua bekalan elektrik terputus begitu sahaja.. lantas keadaan menjadi kelam kabut.. masing-masing merasakan pelik dan hairan mengapa durian jatuh dari langit lalu jatuh ke atas antena di puncak KLCC dan memutuskan segala bekalan elektrik sekitarnya.. (itu yang aku terfikir ketika tu)

Persoalannya..mengapa durian jatuh? Lalu menjadikan keadaan sangat kelam kabut ketika itu selepas masing2 sibuk melayan dunia?

Itu lah perkara yang membuatkan aku terjaga..tergantung..dan taktau nak tafsir bagaimana.. Tapi aku dapat merasakan durian itu bawa mesej tersendiri dan menjadikan aku terfikir-fikir..

Oleh itu, pandai2 la sahabat  semua ambil iktibar…hehe..

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Pengalaman hidup. Bookmark the permalink.

4 Responses to Mimpi yang sukar dilupakan…

  1. miroslav kicap says:

    huhuhu

  2. harith says:

    haish!!! mainan syaitan je tu… haha

  3. nurekin says:

    mnarik gile mimpi..haha…aku ade juga mimpi lebih kurang begitu..bahkan lagi ngeri..nnt ak cter

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s