I’m on the right track!!

“Kekuatan mula dirangka, ilmu mula disusun, hati mulai tenteram, namun langkah belum dicipta…” Itulah kenyataan yang aku boleh berikan apabila umurku mencapai 18 tahun. Iman mula bersuara..”apa yang sudah kau lakukan untuk agama wahai Farris??” Kadang kala aku memikirkan keadaan ini sehingga merasakan diri ini sangat kecil di sisi Allah azza wa jalla. Siapalah aku ini kalau hendak dibandingkan dengan para sahabat dan tabien terdahulu yang golongan ini telah memberi sumbangan yang sangat besar dalam agama.

Ada orang kata..”Ush! Kau ni nak compare sumbangan dengan golongan tu..susah la..” Itu kata-kata yang kadang kala yang ‘menjatuhkan’ moral. Dan yang aku tak boleh terima apabila ia muncul dari kata-kata orang yang sama aqidah dengan ku.Lalu aku membalas..

“Urm, abih tu? Takkan aku nak compare ngn korg plak?? Spe lagi kalau kita nak amik contoh selain Rasulullah saw dan para sahabatnya?” (ayat lagi pasar sket la, hehe..) Terdiam seribu bahasa sahabatku itu,namun aku terus memberitahu sedikit demi sedikit tentang jalan pentarbiyahan yang aku lakukan kini…

Contoh yang paling dekat aku ingin buktikan kepada sesiapa sahaja bahawa pemuda adalah harapan agama dan juga umat akhir zaman ialah Imam Assyahid Hassan AlBanna. Beliau telah mati dibunuh kerana didakwa cuba melakukan ‘rampasan kuasa’ ke atas pemerintahan kerajaan TAGHUT Mesir ketika itu di bawah pimpinan Perdana Menteri Jamal Nasir yang mengikut sahaja jari telunjuk manusia bertopengkan syaitan sehingga berasa sanggup memerangi golongan yang membantu agama Allah ini. Imam Hassan Al Banna telah memulakan gerak kerja dakwahnya bermula usia yang muda. Bukan ketika 30!! Bahkan awal 20 an… begitu jua dengan SULTAN MUDA iaitu Pembuka Kota Konstatinopel Sultan Muhammad Al Fateh!! Jadi?? Di mana kedudukan kita jika dibandingkan dengan mereka itu??? Adakah berada pada tahap 0 or ‘below negative’?? Urmm..fikir2kan wahai sahabat…

Itu contoh…contoh memang banyak kalau kita ingin menyenaraikannya.Namun persoalannya adalah adakah kita mahu ambil iktibar??

Saat aku menulis post ini aku berusia 18 tahun. Masaku untuk berada dalam jalanNya sudah TIBA!! Tiada lagi rasa lemah!! memang perlu bangun ditambah lagi dengan isu2 semasa yang membakar jiwa dan keimanan aku…

Apa yang perlu aku lakukan adalah menyusun sebaik mungkin ibadahku agar aku sentiasa berasa dalam ‘payung perlindunganNya.’ Qiyamulail, tadabbur Quran, mengkaji Quran-Hadith dan fakta semasa, tu perlu menjadi perkara wajib dalam hidupku kini selain dari ibadah fardhu yang tiada lagi tempatnya melainkan sudah sebati dengan tubuh ini.

Perancangan sudah aku rangka untuk 10 tahun akan datang. Sangat rahsia untuk dinyatakan. Namun, apa yang aku hendak anda semua ketahui adalah tanda2 kebangkitan Islam sudah mula berputik. Tatkala Allah izinkan aku hidup sehingga 28 tahun, memang sudah diletakkan dalam hati, Islam jadi perkara utama. Namun perlu melangkah dengan berhati-hati, takut nanti langkah BUKAN datang dari Allah, tetapi DATANG dari MUSUH yang nyata yakni syaitan…

Ya Allah, berikanlah aku kemudahan dalam jalan ini…sertakan lah aku bersama-sama orang yang berjiwa besar untuk membangkitkan agama!! Bukan orang2 yang dakwah banyak tapi jiwa tidak besar.. Sertakanlah aku dalam golongan orang2 yang mempunyai kekuatan dalam keduanya…amin…

Path: p

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Pengalaman hidup. Bookmark the permalink.

4 Responses to I’m on the right track!!

  1. nurekin says:

    moga lahir semula pemuda2 seperti sultan muhammad al fateh

  2. hamba Allah says:

    ko leh tlg post entry sal sultan muhammad al-fateh,,
    more detail sai b4 n semsa twn konstantinopel,,
    penah bce tp da lpa,,thanks oh,,sori kot lau demand sgt,,=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s