Peliharalah maruah mu…wahai anak bangsa…

Assalamualaikum..ana akan bercerita pengalaman ana sepanjang ana meneroka dunia alamaya di facebook maupun di laman-laman web lain. Ana tidak tulis post ini untuk menyakiti hati sesiapa malah post ini lebih kepada teguran dan semangat keagamaan yang tinggi dalam diri ana. Tak tau mana lagi hendak diluahkan, di sinilah ‘tempat’ terbaik untuk ana melahirkan pandangan ana.

Apabila kita menyebut pasal maruah. Apa yang terlintas di fikiran kita mestilah berkaitan dengan diri kita. Malah ada juga berkaitan dengan keluarga,bangsa, dan agama. Jadi, bagaimana kita hendak menafsirkan perkara penting ini?

Maruah adalah satu perkara khusus yang ada pada setiap makhluk khususnya sebaik-baik kejadian yakni manusia. Maruah manusia tidak ternilai harganya kerana dari situlah kita mendapat kekuatan serta rahmat dari Allah bagi sesiapa yang memohonnya.

Ana lebih suka mengkhususkan perspektif maruah ini ke arah perkara zahir yang dilihat manusia. So, cara pergaulan dan cara berpakaian itulah yang menjadi faktor utama sebelum berlakunya kerunduman maruah manusia. Sejak kebelakangan ini, peristiwa penuh tragik dan menyentuh hati seperti kes pembuangan bayi acap kali dipaparkan di dada-dada akhbar tempatan sekali gus menggambarkan maruah kita sebagai manusia kian calar dan hilang dari diri. Lebih menyedihkan lagi maruah agama dan bangsa terus hancur luluh disebabkan akhlak umat yang berlandaskan nafsu dan syaitan semata.

Menyentuh tentang bangsa, ana sentiasa teringatkan bagaimana bangsa ana ini akan terus bertapak di muka bumi ini. ‘Tapak’ tu mungkin ada tapi bagaimana pula dengan maruahnya? Marilah kita sama-sama fikirkan wahai anak bangsa…

Berbalik pada point ana tentang faktor utama kejatuhan maruah, ana suka mengingatkan sahabat semua bahawa dunia ini hanyalah tempat ujian bagi orang-orang yang beriman manakala musyrikin,kafirun,fasiqin,munafiqin, dan etc terus dibuai ‘permainan’ dunia dan akhirnya berkesudahan di neraka. Nauzubillah..

Bagaimana dengan cara pergaulan kita? Ataupun cara berpakaian kita? Masalah timbul apabila kita bergaul dan berpakaian tidak berlandaskan syara’. Ana tak mau bercerita panjang di sini. Cuma perkara yang masih terbayang-bayang di fikiran ana adalah gambar-gambar yang diupload ke laman sosial. Tak kesah la MYSPACE ke, FACEBOOK ke, FRIENDSTER ke, TWITTER ke…Mungkin ramai yang berpendapat takpe lah upload gambar sndiri.. DAN PERINGATAN INI MEMANG DIKHUSUSKAN kepada golongan HAWA..

Firman Allah SWT:

Bermaksud :dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahirdaripadanya;

(terjemahan sebahagian ayat 31 surah al-Nur )

Sukar untuk mengubah perkara kebiasaan. Namun di situlah terletaknya jihad bagi mengharungi dunia penuh cabaran ini. Kadang kala kita ‘rasa’ tutup aurat, tapi hakikatnya Islam tak ‘rasa’ pun kita tutup aurat. So, perkara seperti ini menjadi satu PERKARA BERAT yang perlu diambil kira. Adakah kita mengetahui bahawa gambar-gambar kita hanyalah ‘tatapan lintas satu saat’ atau ditenungkan sehingga menimbulkan nafsu?? Tak mungkin kita seorang sahaja yang merasakan wajah cantik kurniaan Allah ini hanyalah disedari oleh kita.Pasti ada dalam kalangan manusia ini menyedarinya juga. BERWASPADALAH…Adakah kita mengetahui? ALLAH sahajalah yang mengetahui..


‘Fenomena’ ini adalah salah satu contoh perkara yang sedang berlaku dalam zaman keruntuhan maruah masa kini. Adakah kita sedar wahai sahabat? Pernahkah kita terfikir? Lebih-lebih lagi kita berada di usia penuh cabaran ini…Jazakallah khair…

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Fitrah manusia. Bookmark the permalink.

2 Responses to Peliharalah maruah mu…wahai anak bangsa…

  1. ... says:

    post yang sgt bermakna. mmg memberi pengajaran dkt aku. teruskan menulis entry2 yg mcm ni kay? good job!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s