Sijil Pelajaran Malaysia..menggugat manusia..

“Tension nya la SPM!!! Argh!!”
SPM?? Sijil Pelajaran Malaysia?!
Ada kaitan dengan hidup ke? Erm.. jawapannya mestilah ADA!!
Kadang kala SPM nil ah yang banyak memberi perubahan kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 khususnya.
Kekuatan dapat dibina dengan sebaiknya melalui pelbagai aspek hidup. Rohani? Intelektual? Jasmani? Semua hampir sempurna bila SPM semakin hampir. Itu lah hakikatnya.
Tapi kan..kadang kala ia juga tidak memberi kesan seperti kenyataan tadi. Pendek kata orang-orang seperti ini masih tak sedar diri la..kan??
Hal ini kerana SPM inilah antara faktor kejayaan dalam hidup untuk berpuluh-puluh tahun akan datang. Itulah hakikatnya. Semua orang kena sedar tentang hal ini.

SPM sebenarnya boleh juga dikaitkan dengan nilai-nilai Islam dalam hidup. Peperiksaan besar ini memainkan peranan penting dalam memberi tekanan kepada calon-calon untuk terus mendekatkan diri kepadaNya.( pendapat ana) Kenyataan ini berdasarkan pengalaman ana sendiri di SEMASHUR. Kebanyakan pelajar2 tingkatan 5 saban tahun berubah sikap dan banyak beribadah kepadaNya. Namun begitu, persoalannya adalah adakah amalan ini akan berterusan apabila SPM sudah berakhir nanti??

Erm..inilah perkara yang paling dikhuatiri apabila berakhirnya kertas-kertas peperiksaan kelak. Bagi yang tiada kesedaran tentang perihal agama, mereka akan menganggap bahawa mereka bebas dari segala cengkaman termasuklah agama. Nauzubillahiminzalik…

Oleh itu, tingkatkan lah kekuatan dan kefahaman tentang agama. Di sini ana ada sajak yang ana karang sewaktu di asrama. Waktu tu di antara hari-hari peperiksaan dan sudah hampir untuk SPM 2009 berakhir.

BERAKHIRNYA SPM..

Berakhirnya SPM tidak bermakna,
Hilangnya ilmu yang dituntut sepanjang hidup 17 tahun,

Berakhirnya SPM tidak bermakna,
Terhapusnya semangat pencarian ilmu di dunia,

Berakhirnya SPM tidak bermakna,
Lenyapnya tahajud di sisi Allah tercinta,

Berakhirnya SPM tidak bermakna,
Quran hilang dari hati,

Berakhirnya SPM tidak bermakna,
Kasih mawaddah antara sahabat terpisah dan pudar,

Berakhirnya SPM tidak bermakna,
Ukhuwah yang dibina sekian lama runtuh lesap,

Berakhirnya SPM tidak bermakna,
Tanggungjawab mengajak makruf dan mencegah mungkar terhenti begitu sahaja,

Berakhirnya SPM tidak bermakna ,
Misi pembaruan mencari keredhaan Allah terbantut dan kembali ke arah kejahilan,

Berakhirnya SPM tidak bermakna,
Pelaksanaan solat ibarat daun ditiup angin,

Berakhirnya SPM tidak bermakna,
Sifat kepimpinan luput dan tidak berguna lagi,

BERAKHIRNYA SPM BERMAKNA,
Siri perjuangan baru bermula,
Misi pembaharuan agama baru tercetus,
Penggerudian ilmu agama lebih bertenaga,
Kasih dan cinta kepadaNya lebih mendalam,
Jemaah baru dalam agama baru terbina,
Dan bukannya masa untuk berasa lemah mengharungi masa,
TERUSKAN PERJUANGAN SAHABATKU!!!!!!

Semoga semua yang membaca dapat mengambil pengajaran..Jazakallah….
<a

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Pengalaman hidup. Bookmark the permalink.

2 Responses to Sijil Pelajaran Malaysia..menggugat manusia..

  1. acapulouz says:

    thanx kawan!

    salam ukhuwah!

  2. Qaisara Qarina Qamra says:

    sajaknye bagus…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s