MEMBONGKAR MISTERI DAJJAL

Assalamualaikum!! Kali ni ana nak perkenalkan satu lagi buku menarik terbitan Hijaz Records Publishing bertajuk ‘MEMBONGKAR MISTERI DAJJAL’. Buku ini sangat menarik dan telah menjadikan ana tertarik dengannya kerana buku ini adalah hasil kajian seorang usahawan,penulis, dan pelatih di samping berkhidmat sebagai seorang pengurus di Raudhah Excellent Agency, iaitu sebuah agensi perundingan Takaful. Beliau juga pemilik Akademi Nurani atau AKAR. Beliau baru lagi dalam bidang penulisan namun sudah berpengalaman dalam lapangan dakwahdan perlatihan.

Buku ini memuatkan segala dapatan beliau yang banyak merungkai misteri dajjal yang menjadi ancaman utama kepada manusia menjelang kiamat kelak. Kisah dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyhur, ‘Dajjal Akan Muncul di Segi tiga Bermuda’ tulisan Muhammad Isa Daud hinggalah karya terkini yang mengejutkan banyak pihak,’Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan’ karya Abu Fatiah al-Adnani. Karya-karya mereka membuka dimensi baru dalam membahaskan perihal Dajjal.
Ana ingin mengupas beberapa beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semua pihak khususnya umat Islam tentang bahayanya Dajjal ini kepada manusia.

1. Dajjal bukanlah sebuah perumpamaan, takwilan, tafsiran atau sebagainya seperti Amerika,peperangan,ideologi dan apa2 yang berkaitan. Buku ini mengetengahkan sebuah hadis riwayat Muslim,Ahmad dan Ibnu Majah. Sangat sahih dan memang tiada keraguan ke atasnya. Hadis tersebut menguatkan lagi andaian bahawa Dajjal ini sememangnya seorang manusia dan sangat berkuasa ke atas manusia dengan izin Allah swt.

2. Buku ini juga mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati, dan Secret Society.

3. Stonehedge?Merlin The Shaman? Patung Terracota? Shih Huang TI? Tutankhamun? Kaum Mayan? Semua ini sebenarnya berkait rapat dengan kehadiran seorang manusia yang penuh berkuasa dan membantu tamadun2 untuk gemilang. Namun begitu, yang menjadi persoalan adalah manusia tersebut dicatatkan dalam setiap tamadun mempunyai ciri2 yang sama dan menghilang begitu sahaja lalu berjanji akan kembali pada akhir zaman. Adakah itu Dajjal yang sememangnya mempunyai kelebihan menyamar dan mempunyai akal yang sangat hebat.

4. Semua itu sangat berkait rapat dengan Segi Tiga Bermuda (tempat pengumpulan jin) di mana dikatakan Dajjal kali terakhir disebut berada di sebuah pulau yang ditemui oleh Tamim Ad-Dari yang telah diikat dan dipasung di sebuah gua serta dijaga oleh Jassasah.

Hmm. Itulah antara isi-isi kandungan buku ini yang banyak mengupas bahawa Dajjal adalah manusia campuran benih manusia dan jin dan mempunyai pelbagai kelebihan dan akal fikiran yang sangat hebat.
Oleh itu bersedialah untuk menghadapi Dajjal kerana sememangnya Dajjal menunggu saat kemunculannya apabila Dajjal telah dianggap sebagai mitos agama dan tidak memberi ancaman besar kepada orang2 beriman di kala kiamat kelak. Sesungguhnya Allah telah memanjangkan umurnya dan Dajjal hidup di setiap zaman membantu manusia sehingga semua manusia menyanjungi dan menganggapnya sebagai nabi, dewa, dan tuhan.

Berdoalah agar kita terpelihara dari fitnah Dajjal yang dahsyat ini…AMin

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Kupas mutiara. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s