‘Hari-hari Dalam Hidupku’

Zainab Al Ghazali Al Jubaili

“Hasbunallah Wani’mal Wakil” (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah Sebaik-baik Pelindung)

Itulah ucapan yang sering disebut-sebut oleh seorang mujahidah solehah yang sanggup mengorbankan jasadnya mempertahankan akidah tauhidnya kepada Allah daripada kekejaman dan kebinasaan taghut pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser di Mesir. Di sini ana nak kongsi sebuah buku yang ana habis baca pada 29 Ramadhan 1430 bersamaan 18 September 2009 hari Jumaat iaitu buku kisah benar yang menceritakan kisah seorang mujahidah sejati iaitu Zainab Al-Ghazali mengharungi hari-hari gelapnya di Penjara Tentera Mesir.

Beliau ialah ZAINAB AL-GHAZALI AL-JUBAILI yang merupakan seorang aktivitis Islam yang sanggup berkorban apa saja demi mempertahankan kebenaran Islam yang beliau yakini. Beliau adalah ketua Jama’ah Muslimat yang menjadi sayap kepada Ikhwan Muslimin di Mesir.
Para era pemerintahan Presiden Jamal Abdul Nasser, ratusan ribu anggota Ikhwan Muslimin dipenjara dan diseksa. Zainab Al-Ghazali dengan sepenuh kemampuan yang dimilikinya berusaha sedaya upaya meringankan bebanan mereka yang dipenjarakan. Pelbagai bantuan kebendaan dan kerohanian dihulurkan kepada mereka. Segala bantuan dan aktiviti yang dilakukan beliau diketahui taghut Mesir lalu rancangan untuk membunuhnya telah diaturkan.
Akhirnya beliau ditangkap dan dipenjarakan lalu bermulalah siri penyeksaan ke atasnya. Tetapi Allah telah menyelamatkan beliau. Ketika menghadapi saat-saat penyeksaan di penjara, Presiden Jamal Abdul Nasser telah mengarah agar beliau diseksa dengan penyeksaan yang sangat terlampau ekstrem berat.

” Atas perintah Jamal Abdul Nasser, Presiden Republik Mesir, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili mestilah diseksa seperti seksaan ke atas orang lelaki.”

Beliau dipukul dengan tongkat,cemeti,digantung kaki ke atas, dikurung dengan anjing-anjing ganas, direndam seharian dalam penjara air, ditempatkan dalam penjara api,dipenjara dengan tikus dan pelbagai lagi seksaan yang berlaku ke atasnya dirinya. Namun, beliau tabah menghadapinya dengan penuh yakin akan janji Allah.
“Hasbunallah Wani’mal Wakil” (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah Sebaik-baik Pelindung)
Akhirnya beliau keluar daripada penjara pada tahun 1971 selepas dipindahkan ke Penjara Perempuan Al-Qanatir. Semangat serta keyakinan kepada pertolongan Allah menghadapi segala bentuk penyeksaan menjadikan beliau teladan kepada generasi pejuang kebenaran sehingga hari kiamat.
images (1)

Haa..tu la serba sedikit kisah tentang buku tulisan Zainab Al Ghazali. Bagaimana? Hebat kan? Sesungguhnya Allah swt ada berfirman

” Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah(pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. …..” (maksud al Imran:139)

Oleh itu, tiada sebab kita perlu takut atau bersikap dalam menegakkan syiar Islam ini di mana-mana sahaja kita berada. Ana pun sedang cuba memperbaiki diri dan menyerahkan segala ketentuan kepada Allah setelah berusaha ke arah itu. Alhamdulillah buku ini banyak mmeberi kekuatan dan semangat baru kepada ana untuk terus menyakini tauhid Allah dan menyeru sekalian ke arah kebaikan.
Ingatlah!! Sesungguhnya Islam itu berada di landasan yang sebenar ke syurga, jadi tiada alasan untuk kita lari dan menjauhkan diri kita ini darinya. Diharapkan sesiapa yang membaca kupasan ini dapat meningkatkan kualiti pengabdian kita kepada Allah sehingga mencapai tahap keimanan yang tinggi seperti yang dicapai oleh para mujahid dan mujahidah sebelum ini.
Berani dan sahutlah cabaran seperti firman Allah swt,

“Wahai orang2 beriman!!Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika mengetahui.” (maksud as saff:10-11)

Kesimpulannya, teruskanlah perjuangan wahai saudara-saudaraku!! Fahami dan hayatilah Islam sepenuhnya. InsyaAllah syurga Firdaus menanti kita……

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Kupas mutiara. Bookmark the permalink.

2 Responses to ‘Hari-hari Dalam Hidupku’

  1. lily adam says:

    smmngnye Allah adalh sbaik plindung..

  2. “Hasbunallah Wani’mal Wakil” (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah Sebaik-baik Pelindung)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s