Susah ke senang ISLAM ni sebenarnya??

Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur’an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya? (54:17)

Allah menghendaki untuk meringankan kamu kerana manusia itu diciptakan lemah. (4:28)

Kami tidak menurunkan al-Qur’an kepada kamu supaya kamu menjadi sengsara (20:2)

Inilah ayat-ayat Allah Kami membacakan kamu dengan benar, dan Allah tidak menghendaki sebarang kezaliman bagi semua alam. (3:108)

Dan berjuanglah untuk Allah dengan perjuangan yang sebenar; Dia telah memilih kamu, dan tidak meletakkan ke atas kamu kesusahan dalam agama kamu, anutan bapa kamu, Ibrahim; ………(22:78)

Berikut merupakan nas nas yang dibawa daripada Allah azza wa jalla yang sangat ingin menitikberatkan untuk memberitahu sekalian makhluknya khususnya manusia bahawa agama yang diturunkannya olehNya sangat mudah untuk dilaksanakan. Mudah sangat!! Tetapi hakikatnya masa kini kebanyakan para ilmuan atau pendakwah yang aktif menyebarkan risalah Rasulullah saw kebanyakannya mengelirukan umat Islam tentang ajaran Islam.

Hal ini boleh mengakibatkan banyak kesan terhadap kemuliaan Islam sekiranya berterusan tanpa ada sebarang penyelesaian.


“Alah..solat? Nanti jap..”

“Haih.. membazir je..bukannya ada ape2 effect pun..”

“Aduh, malas la! leceh betul”

“Lima kali solat?! Haha..takpe la, x berminat..”

Dialog-dialog di atas merupakan ayat2 yang sering kita dengar dalam masyarakat yang kurang kefahaman agama dan juga golongan yang masih lagi belum mendapat hidayah daripada Allah.

Adakah perkara2 sebegini kita patut biarkan? Sudah tentu tidak. Sedangkan Rasulullah saw sendiri pernah bersabda

Sesungguhnya agama Islam mudah….permudahkanlah dan jangan kamu menyusahkan, sampaikan khabar gembira dan jangan membuat mereka lari. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh itu, sebaiknya seluruh umat Islam khususnya para daie khusus yang bergiat untuk menyebarkan fahaman dan penghayatan ini kepada sesiapa sahaja perlulah sentiasa mendalami Islam secara keseluruhannya. Hal ini dapat memudahkan lagi penyampaian dakwah yang baik dan diterima umum. Contohnya, ana pergi berjumpa dengan sekumpulan Mat Rempit, lalu ana menerangkan sedikit sebanyak tentang akidah Islam yang sebenarnya iaitu ana cakap

“assalamualaikum!! Kt sini aku nak bagitau skit. Sebenarnya takde bende lain yang kite kne sembah melainkan Allah. Kalau kita sembah bende lain dikira kafir dan masuk neraka.”

Rasa-rasa golongan ini faham tak dengan kata-kata yang ana cakapkan? Ana dapat rasa bahawa mereka faham dan harap-harap mendapat hidayah daripada Allah. Hakikatnya, mereka sebenarnya sudah memahami AKIDAH ISLAM meskipun penyampaian dakwah itu sangat ntah ape2. Betul tak?

Itulah konsep sebenarnya penyampaian dakwah kepada umum. Islam adalah agama yang mudah dan kita perlu sampaikan kepada orang ramai bahawa Islam ini adalah mudah. Mudah untuk dihayati dan diamalkan. Hadith sahih berikut merupakan riwayat yang bermula apabila ada dalam kalangan para sahabat memakmumkan imam yang bacaan dalam solatnya dipanjangkan sehingga menghilangkan khusyuk dan menimbulkan kegelisahan. Oleh itu mereka telah mengadu hal ini kepada Rasulullah saw. Lalu Rasulullah saw memberi reaksi dengan bersabda seperti berikut. Baginda tidak menyalahkan para makmum, malah baginda sendiri mengkritik imam tersebut kerana imam tersebut telah menimbulkan persoalan bahawa Islam ni leceh dan menyusahkan.

Kesimpulannya, Islam ini sememangnya agama yang diturunkan kepada seluruh manusia memang untuk dianuti oleh semuanya. Agama Allah ini sangat mudah, namun kita tidak seharusnya mengambil kesempatan atas kemudahan dan kesenangan yang dikurniakan oleh Allah azza wa jalla. Ana sarankan semua umat Islam khususnya mujahidin dan mujahidah yang menyebarkan kefahaman Islam ini cuba untuk mendalami Islam dan menyampaikannya dengan cara yang mudah difahami seperti agama itu sendiri.



About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Fitrah manusia. Bookmark the permalink.

2 Responses to Susah ke senang ISLAM ni sebenarnya??

  1. musafirjalanan16 says:

    Islam itu mudah dan memudahkan..
    tetapi menusia itu sendiri yang menganggap Islam itu sukar untuk dilaksanakan…
    waallahualam…

  2. musafirjalanan16 says:

    Islam itu mudah dan memudahkan..
    tetapi menusia itu sendiri yang menganggap Islam itu sukar untuk dilaksanakan…
    waallahualam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s