Khutbah..Untuk Tidur atau Didengar?

Khutbah? Acap kali khatib pada setiap hari jumaat wajib untuk ‘memberi’ khutbah. Kalau kita lihat dari sudut pandang yang berbeza, sebenarnya khutbah ni patutnya baca teks atau memberi tulus dari akal dan hati. Erm? Persoalan penting yang perlu kita jawab bersama kerana sudah menjadi kebiasaan di mana2 masjid atau surau melakukan perkara sebegini khususnya para imam dan khatib.

Kesannya sangat ketara kepada masyarakat sekiranya khatib tidak memberi khutbah tersebut dengan penuh kesungguhan dan isi dipenuhi dengan isu2 semasa yang menusuk qalbu. Kesannya tampak jelas kepada golongan belia. Adakah perkara sebegini patut dibiarkan? Mestilah jawanpannya tak. Hal ini kerana golongan belia atau remajalah yang menjadi masalah utama dalam sosial seperti rempit, seks bebas, bohsia, sumbang mahram dan sebagainya yang akhirnya boleh menjatuhkan status agama, bangsa dan negara. Ini ke yang kita nak?

Oleh itu, sebaiknya fungsi khutbah perlulah digunakan dengan sebaiknya memandangkan Islam mewajibkan kaum lelaki khususnya untuk bersolat jumaat di masjid2. Khutbah perlu jelas dan difahami setiap patah perkataan yang disebut. Bukannya tak boleh langsung baca teks. Tetapi hal ini menyebabkan khatib seperti kurang penghayatan terhadap apa yang hendak disampaikan kepada umat manusia. Kalau khatib pun kurang faham, apatah lagi orang yang mendengarnya.

Apabila jemaah pun kurang faham atau tak faham langsung, itulah padahnya semua yang hadir ke masjid tidur dan tidak dapat menumpukan perhatian dengan sebaiknya. Khutbah tentu sekali disyariatkan bukan untuk tidur, tetapi mengandungi teguran, peringatan, cadangan, harapan dan sebagainya untuk memberi semangat dan kekuatan kepada orang Islam untuk terus meningkatkan ketaqwaan kepadaNya.

Sebaiknya bawalah sebarang alat tulis seperti pen dan buku catatan kecil bertujuan untuk mencatat isi kandungan khutbah yang sangat bermanfaat itu agar boleh kita amalkan dan sampaikan kepada orang lain. Itulah sebaiknya. Bukannya tidur dan mensia-siakan solat jumaat kita itu. Maka rugilah mereka2 yang tidak mengambil tahu.

Oleh itu saya berharap semua yang membaca ini boleh la mengambil pengajaran dan iktibar berdasarkan pengalaman saya semenjak saya baligh ini. Perkara yang nampak je simple tetapi hakikatnya sangatlah memberi kesan kepada kita hidup di muka bumi ini.

Selamat beramal semua!!!

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Pengalaman hidup. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s