Cuti seminggu? Bagus ke?

Haa..cuti panjang mungkin beri manfaat kepada sesiapa yang boleh manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya.Tapi..bagaimana pula dengan mereka yang masih lagi terpinga-pinga tanpa matlamat yang sebenar dan masih leka di arus masa yang kian berjalan tanpa mempedulikan sesiapa?

Hmm..sepatutnya cuti seminggu ini paling kurang kita gunakan untuk tujuan yang baik dan pastinya untuk menambahkan ilmu kita. Betul ke?

Mungkin betul dan mungkin tidak. Pelbagai kemungkinan akan berlaku ke atas pelajar khususnya sekiranya mereka diberikan cuti penggal atau cuti mingguan bagi yang sekolah asrama. Seronok memang la seronok, tapi itulah sebenarnya penghalang kepada pelajar sekiranya masa yang ada itu tidak digunakan sebaiknya. Rugi bukan? Oleh itu pelajar seharusnya cuba menyusun masa dengan teratur agar setiap waktu itu terisi dengan perkara yang berfaedah.

Kalau dinilai dari sudut yang berbeza.lam sendiri mensyariatkan umatnya untuk terus meningkatkan ketaqwaan (rasa takut) dan keimanan (percay) kepada kebesaran Allah swt. Haa..ini lah masa yang terbaik untuk melakukan perkara- perkara tersebut. Kalau di sekolah, kesempatan untuk tahajud, khatam quran, mendalami ilmu agama dan sebagainya adalah menjadi sesuatu yang sukar juga untuk dilaksanakan kerana padat dengan aktiviti atau jadual di sekolah khususnya sekolah asrama. Menarik bukan? Jadikan masa yang panjang ini untuk memahami agama bukannya sekadar percaya. Islam membantu manusia untuk menjadi seorang yang hebat bukannya seorang yang ‘loser’. Ingat tu!!

Apa lagi? Kalau cuti. Selalunya apa yang terlintas di fikiran kita tentunya sesuatu yang seronok. Misalnya beriadah, ym, berkelah . bercuti di mana2 dan sebagainya. Perkara berikut memang sudah menjadi kebiasaan pelajar apabila tibanya waktu cuti. Bagi yang hanya duduk di rumah sahaja, kedudukan mereka ini mungkin dalam keadaan yang merbahaya sekiranya mensia-siakan waktu yang ada ke arah keburukan. Bukannya untuk belajar atau sebagainya. Mereka ini hanyut dibuai nafsu meskipun berada di dalam bulan Ramadhan. Bahan2  yang tidak senonoh atau perkara2 yang lagho menjadi keutamaan bagi mereka tanpa memikirkan kesan2 yang berlaku ke atas diri masing2. Aduhai..sedih2.

Oleh itu, cuti penggal yang berlaku saban tahun sebenarnya sangat baik kepada pelajar khususnya untuk merehatkan minda di samping membuat kerja2 sekolah tanpa bimbingan guru boleh dianggap sebagai perkara2 santai. Santai, santai juga. Kerja mesti disiapkan. Akhirat jangan dilupakan dunia jangan ditinggalkan. Sekian sahaja. Semoga memberi manfaat. Assalamualaikum!!!
<a

About farrishanafi

Perantau dunia yang belum sampai destinasi Nya...
This entry was posted in Pengalaman hidup. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s