Bicara X-FACTOR!

Bismillah..

Jari ibarat meluncur di atas papan kekunci.. melakar seribu perkataan dan menyusun ratusan ayat bagi menggambarkan apa yang aku ini bicarakan.. aku sentiasa memikirkan potensi apa yang aku ada yang boleh aku laburkan dalam jalan dakwah ini. Bila aku berbicara mengenai POTENSI.. aku tidak berfikir bahawa potensi ini membawa maksud dari sudut akhlak islamiyah mahupun asasi kerana ciri-ciri akhlak tersebut dan potensi tersebut memang perlu ada dalam jiwa-jiwa para du’a sebagai bekalan dan ‘minyak’ untuk menongkah badai dan mehnah di sepanjang jalan dakwah ini.

Teruskan membaca

Posted in Fitrah manusia | 2 Komen

Mesir..Bumi yang ‘mendidik’..

Perkongsian eksklusif bagi sesiapa yang baca ni!  Terlalu banyak yang ingin dikongsi dan ingin diceritakan..

Malaysia..Mesir.. dua tanah yang luas yang tidak banyak beza..namun berbeda! Haha..faham? Sangkaan ku sebelum tiba di bumi ini (mesir)..banyak yang tepat.. hampir 80% lah! Menyedari hakikat bahawa mesir adalah bumi anbiya dan firaun menjadikan langkah-langkah ku di sana berhati-hati dan menjadikan dua belah kakiku ini ‘memerhati’..

Teruskan membaca

Posted in Fitrah manusia | 3 Komen

Aku dan Cinta~

Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang
bercinta di tanya, “Apakah kau menyintai atau
sedang bercinta dengannya?”, maka
dijawabnya, “Oh, tidak…kawan sahaja atau apa
sahaja alasannya,” Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)”

“…Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan.

Teruskan membaca

Posted in Fitrah manusia | 5 Komen

Rasukan keadilan!

Dunia kini..bagai dirasuk! Jangan terkejut..apa yang berlaku di Tanah Arab itu (TUNISIA,MESIR,YAMAN,JORDAN,BAHRAIN,LIBYA dan sebagainya) ..memang benar-benar rasukan! Mereka ‘meggila’ inginkan keadilan! Menjatuhkan yang batil dan inginkan perubahan…

Teruskan membaca

Posted in Fitrah manusia | Tinggalkan komen

Celupan tarbiyah..

 

صِبْغَةَ اللَّهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدُونَ

“Shibghah Allah. Dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? Dan hanya kepada-Nya-lah kami menyembah.” (QS. Al-Baqarah : 138)

 

Bismillah..mengupas tajuk ini memerlukan masa. Tatkala masa itu dihimpit dengan nikmat-nikmat dunia, kita menjadi lebih kuat dengan izin Allah swt. Topik yang berat, namun berusaha untuk dimudahkan kefahamannya agar kita sama2 mengambil manfaat. InshaAllah…

Celupan! Celupan! Celupan!

Teruskan membaca

Posted in Fitrah manusia | 1 Komen

Puitis rantauan…

LANGKAH BERMULA…

Penaku sentiasa saja bergerak mengikut gerak hati… berikut mesej dariku buat sahabat semua…

Langkah bermula…

Tika hening ditiup bayu..

Aku termangu dan termenung..

Dek delapan kiranya aku ingin merantau..

Rantauan kasih rindunya pada ilmu…

Namun..

Teruskan membaca

Posted in Pengalaman hidup | 1 Komen

Saff..saff..

Alahai muslim Malaysia, susah betul nak ikut arahan tok Imam ni, luruskan saf, rapatkan barisan dan penuhkan barisan di hadapan.

Aku ingat lagi waktu darjah enam, latihan menjadi Imam di sekolah rendah mahupun sekolah agama, bergilir-gilir dengan rakan-rakan untuk menjadi Imam. Satu masa aku terdengar seorang ustaz berkata.

“nak jadi Imam bukanlah semudah yang disangka, hati perlu ikhlas dan penuh tawaduk, kalau makmum tidak berdiri dengan betul bahkan tidak mewujudkan satu saf yang sempurna maka Imam yang akan mendapat dosa”.

DOSA?

Lalu ada sorang murid ni bertanya…

Teruskan membaca

Posted in Fitrah manusia | 6 Komen